Friday, 24 June 2011

PELIK TAPI BENAR :Pemimpin Yang Memasak Untuk Rakyatnya

Aslam berkata: "Suatu hari kami keluar bersama Khalifah Umar r.a. menuju ke Bandar Hurrah. Ketika kami sampai di Shirar, kami melihat api menyala. Kemudian Khalifah Umar berkata:"Wahai Aslam! aku melihat ada pengembara yang sedang bermalam dalam kedinginan. Mari kita ke sana."

Kami turun dan bergegas mendekati mereka. Ternyata mereka adalah seorang perempuan bersama beberapa orang anaknya. Perempuan itu sedang meletakkan sebuah periuk di atas api. Kedengaran suara anak-anak yang sedang merintih kelaparan.

Kemudian Umar r.a. berkata:"Assalammualaikum wahai orang yang menyalakan cahaya." Sengaja Umar tidak mengatakan "menyalakan api". Wanita tersebut menjawab: "Waalaikummussalam." Dan dia berkata lagi: "Bolehkah aku masuk?" Wanita tadi menjawab: "Jika niatmu baik, silalah dan selepas ini pergilah segera." 

Setelah mendapat kebenaran, Umar r.a. mendekatinya dan bertanya:" Apa yang terjadi kepada kalian?" Jawab wanita itu:" Kami tidak mempunyai tempat untuk bermalam dan kami dalam keadaan kesejukan."

Khalifah Umar bertanya lagi:"Apakah yang terjadi kepada anak-anakmu?" Dia menjawab:"Mereka kelaparan." Khalifah Umar bertanya:"Apa yang ada dalam periuk itu?" Wanita tadi menjawab:"Itu hanyalah air yang aku masak untuk menenangkan mereka agar mereka menyangka ada makanan yang sedang dimasak, hingga mereka tertidur." Ketika itu Khalifah Umar berkata:" Semoga Allah memberi kasih sayang kepada kalian. Apakah Khalifah Umar tidak mengetahuinya?"

Wanita itu menjawab:" Umar memang pemimpin kami, akan tetapi dia tidak mengetahui keadaan orang seperti kami." Lantas Umar berpaling ke arahku (Aslam) dan berkata:"Mari kita pergi!" Kami keluar dan bergegas menuju ke gudang penyimpanan bekalan. Khalifah Umar mengeluarkan sebuah bakul yang mengandungi gandum dan sebekas minyak samin (sering digunakan oleh orang Arab untuk memasak bagi tujuan menambah aroma). Lalu dia berkata:"Bawalah ini atas perintahku!"

Aslam berkata:"Kalau begitu, aku mendapat pahala daripada makanan ini." Dia berkata lagi: "Engkau kira engkau akan mendapat pahala daripada perbuatan baikku pada hari kiamat nanti? Sungguh engkau tidak akan menanaggung beban dosa mahupun pahala sesiapapun."

Setelah itu aku membawanya, dan kami terus pergi menuju ke tempat wanita itu. Kemudian dia memberikannya kepada wanita itu dan mengeluarkan sesuatu dari dalam bekas. Lalu dia berkata:"Ambillah minyak samin ini!"

Kemudian Khalifah Umar menghidupkan api di bawah periuk sehingga asap berkepul-kepul dari celah-celah janggutnya yang lebat. Dia memasak gandum dan minyak samin itu untuk mereka. Setelah itu dia mengangkatnya dan meletakkannya di atas sebuah piring seraya berkata: "Berilah anak-anakmu makan!" Khalifah Umar tidak berganjak sehingga memastikan mereka telah kekenyangan. Lalu wanita itu berkata:"Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan."

Peristiwa dan kejadian seperti itu banyak sekali kita temui dalam sejarah hidup Khalifah Umar, lantaran jiwanya yang bergerak untuk memenuhi perintah Allah bahawa itu ialah amanh yang akan dipersoalkan.

Ia selari dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakkan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Dalam Tafsir Ibn Kathir, suatu pandangan daripada Ibn Abbas, ketika Adam   dipertanggungjawabkan dengan amanah itu dan selepas beliau sanggup menerimanya, Allah menjelaskan maksud amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka ia mendapat ganjaran dan sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.

Umar melakukan itu kerana dia berasa bertanggungjawab atas keadaan orang yang susah dan dizalimi. Pada masa yang sama, beliau tidak berasa teragak-agak untuk mengenakan hukuman kepada orang yang enggan menunaikan kewajiban agamanya. Beliau tidak memilih kasih dalam perkara berkaitan hak-hak Allah.

Pernah satu ketika laporan sampai kepadanya bahawa anak gabenor Mesir lantikanya iaitu Amru bin al-`As r.a. telah memukul lawannya mengatasi beliau dalam perlumbaan kuda. Alasannya adalah beliau Ibn al-Akramin (anak orang yang mulia) sedangkan pemuda Qibti itu adalah rakyat biasa. Saidina Umar r.a. menjemput kedua-dua pihak yang terlibat dan setelah mengesahkan kebenaran tragedi itu, maka beliau menyuruh lelaki Qibti itu bertindak balas terhadap anak gabenor kerana perbuatannya itu.

Sebagai tambahannya Amru turut dicemeti oleh Umar r.a. seraya beliau mengumandangkan kalimah yang hebat (bermaksud): "Sejak bilakah kamu boleh menjadikan manusia sebagai hamba walhal ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?"

Thursday, 14 April 2011

Assalammualaikum...... dan selamat sejahtera....

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Apa khabar semua ???? Adakah anda sihat hari ini ????
Jika sihat Alhamdulillah.... Jika sakit Alhamdulillah juga.... kerana ini semua merupakan ujian daripada Allah S.W.T. Oleh itu kita perlu bersyukur.... Pada hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang satu produk yang saya fikir ia amat berguna untuk kita ialah PRODUK KAEDAH JIBRIL. Apa jenis produk ini???
Ini adalah produk pembelajaran membaca A-QURAN.....  Untuk keterangangan langjut sila melayari sesawang  ini: [http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=jibrial].....

Friday, 8 April 2011

Assalammualaikum...... dan selamat sejahtera....

Hari ini saya hendak berkongsikan dengan anda satu peluang untukmemulakan perniagaan......
adakah anda berminat untuk menyertai satu perniagaan internet yang saya setai ...????
http://alturl.com/scj5s ini merupakan laman webnya . Jika BERMINAT tetapi tiada modal .!!!!!  inilah
dia perniagaan yang KURANG modal... HANYA dengan wang RM10..ANDA sudah boleh menjalan
kan perniagaan internet ini.....sertailah saya denga melayari laman web ini [ http://alturl.com/scj5s  ]
anda akan ketahui dengan lebih lanjut tentang PLAN PEMASARAN, PRODUK, dan banyak lagi....

Tuesday, 5 April 2011

Alhamdulillah serta syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kehadrat Allah SWT, selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat Baginda. Kini saya terus mengorak langkah dengan memperkenalkan blog perniagaan alaf baru. 

Dengan semangat yang baru saya ingin memulakan blog ini serta sokongan dari para pengunjung kami diseluruh Malaysia saya harapkan, saya yakin dan percaya bahawa gelombang perniagaan internet akan melanda Malaysia sedikit masa lagi dengan misi dan visi untuk melahirkan    usahawan-usahawan yang berjaya dari sumber yang halal (Halalan Thoiyiba) sebagai satu alternatif kepada semua khususnya umat Islam di Malaysia bersandarkan Hadis Nabi SAW 'sebaik-baik kamu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain'. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

JAZAKALLAHU KHAIRUL JAZA'




Adakah anda berminat untuk menjlankan perniagaan internet....

Assalammualaikum...... dan selamat datang.

Terima diucapkan kepada mereka yang sudi menkunjungi blog ini...