Saturday 2 July 2011

Orang Beriman Sebagai Penolong

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong,  merekalah yang akan mendapat kemenangan." (Surah al-Maidah 5:55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat-sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehidupan makhluk tersebut mengikut ketetapan Rabbul Jalil.

Logiknya lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa, supaya nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tidak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan kehidupan spesiesnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namun manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan, penghayatan dan perlaksanaan tuntutan kalimah tayyibbah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Tanpa ucapan kalimah ini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t..

(sumber dari majalah solusi isu no 20)

Wednesday 29 June 2011

KESAN TAKABBUR

Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur.
Firman-Nya yang bermaksud: "Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar, daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku)." (Surah al-A`raf 7:146)

Tidak disukai Allah s.w.t.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur." (Surah al-Nahl 16:23)

Terhalang daripada masuk syurga.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat takabbur." (Riwayat Muslim)

Idaman neraka jahanam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Neraka berkata, 'Aku diberi hak untuk mengutamakan orang yang bertakabbur.'" (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)

Terjerumus dalam maksiat.
Nafsu lebih ringan melakukan maksiat kerana takabbur. Adam dikeluarkan dari syurga akibat melanggar perintah Allah kerana menurut nafsu (bukannya takabbur) dan kemudian diampuni Allah. Namun Iblis pula dimurkai Allah dan dikeluarkan dari syurga kerana bongkak dan takabbur, dan dilaknat hingga kiamat.

Allah s.w.t. tidak akan memandang kepadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan fakir miskin yang sombong." (Riwayat al-Baihaqi)

Tuesday 28 June 2011

JUALAN BUKU ONLINE

ASSALAMMUALAIKUM....

Hari saya hendak berkongsi dengan anda semua buku-buku yang boleh menambah ilmu pengetahuan kita semua. Pelbagai jenis buku ada dijual disini. Dari buku bacaan kanak-kanak sehingga buku untuk bacaan orang dewasa. Klik sahaja web ini :http://www.stormreaders.net/nProductCode=KCMJ1002 Pre-Order/muhamad.

TETAPI sebelum hendak membuat pembelian, anda dikehendaki membuat akaun terlebih dahulu... Ok, sampai sini sahaja untuk hari ini..

Monday 27 June 2011

4 point
4 point menguatkan badan

  • makan daging.
  • memakai haruman.
  • kerap membersihkan badan/mandi.
  • berpakaian daripada kapas.
4 point melemahkan badan
  • banyak minum air ketika makan.
  • sentiasa cemas.
  • banyak makan bahan yang masam.
  • banyak bersetubuh.
4 point menajamkan mata
  • memandang warna hijau.
  • duduk menghadap kiblat.
  • bercelak sebelum tidur.
  • berpakaian bersih.
4 point merosakkan mata
  • memandang najis.
  • melihat orang dibunuh.
  • melihat kemaluan.
  • membelankangi kiblat.
4 point menajamkan fikiran
  • tidak banyak berbual kosong.
  • rajin bersugi (gosok gigi).
  • bercakap dengan orang soleh.
  • bergaul dengan para ulama.
sumber dari majalah solusi isu no. 21.