Saturday 6 October 2012

Golongan Syiah ........

Ulama tidak menganggap semua golongan Syiah itu keluar daripada Islam, melainkan kalangan mereka yang menolak perkara yang sudah diketahui dalam agama secara daruri, khususnya dalam kalangan yang melampau daripada mereka. Urusan mereka diserahkan kepada Allah SWT yang lebih mengetahui hati nurani mereka: apakah mereka tunduk sepenuhnya terhadap ajaran Nabi Muhammad SAW secara batinnya atau menokok tambah perkara-perkara bid'ah yang tidak pernah ada dalam Islam dari segi zahirnya. Dari sisi Ahli Sunnah wal-Jamaah, kita nyatakan bahawa pandangan mereka tentang isu-isu akidah, syariah dan politik bercanggah dengan jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menjadi mazhab majoriti umat Islam di seluruh dunia Islam. (Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat)- Majalah Q&A.

No comments:

Post a Comment